Thursday, December 9, 2010

Alhamdulillah.. akhirnya..

Ini merupakan post ana yang pertama di Mesir dan berkisarkan mengenai tentang karya ana yang julung-julung kalinya keluar di media PERUBATAN.. walhal sudah lama ditaklifkan menjadi sebahagian daripada team kartunis, dan beberapa karya sebelum ni yang terhasil cuma tidak dapat disiarkan (tidak berapa bagus.. mungkin).. oleh itu jemputlah baca..

Sebelum tu nak cerita sikit dulu cerita di sebalik tersiapnya karya ni. Ana diberitahu oleh ketua team kartunis untuk menyiapkan satu komik mengenai Mesyuarat Tahunan Kaherah 2010 a.k.a MTK 2010(mesyuarat bagi membincangkan halehwal pelajar perubatan khususnya di Kaherah). Rasa susah hati bila dengar, satunya sebab tugasan lama yang diberikan masih belum siap tapi tugasan baru dah datang dan dapat tau karya kena hantar esok sebab nak dipublishkan bagi mempromosikan MTK 2010. Dengan susahnya nak cari idea, buku medic tak sempat nak cover, dengan hati ni asyik bisik "ala kau buat penat je lukis tapi bukan nya kena siarkan pun..".. haha..tapi nak buat camne. Adatlah kan?

Tapi malas nak cite, terus pendekkan je, ambil kertas, ambil UNI pen (terima kasih kepada AFIFI @ pipacyclin.. pen enta memang best) akhirnya siap jugak.. dengan lukisan yang simple, tak dan nak buat background, inking pun biasa je.. tapi alhamdulillah sangat sebabnya dapat siap ikut dateline walaupun curi -curi buat time lecturer tengah ajar kat belakang kelas.. maalisyh sangat-sangat! urgent! Dan rasa syukur sebab dapat tengok karya ana sendiri. Rasa macam tak percaya.. Terus masuk blog pulak tu, walhal blog ni macam dah tak wujud je.. haha ( malas nak update). Apapun inilah karyanya. Jemput- jemputlah baca..





Simple je kan. ramai yang komen rasa susah nak baca. Panel komik ni cam pelik sikit,. ada anak panah pun tapi cam silap je. Maalisyh sangat sebab ada kesilapan teknikal time editting. Kalau ada lagi nanti ana post lagi..